Friday, August 10, 2012

SALAM PERKENALAN...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG MYBEAUTY COLLECTIONS

Ini merupakan laman blog yang pertama kali saya wujudkan untuk dikongsi bersama anda semua...Di dalam laman blog ini, saya amat berbesar hati untuk berkongsi cerita suka duka dalam melayari kehidupan yang penuh dengan impian...Di sini juga, saya ingin berkongsi cerita tentang kecantikan secara keseluruhannya...Malah saya juga ingin membuka ruang kepada sesiapa yang ingin berkongsi rahsia dalam mengecapi kecantikan diri yang boleh menjadi sumber inspirasi umum...Tidak lupa juga, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ahli keluarga dan kawan2 yang banyak memberi galakan dan semangat kepada saya selama ini...Saya juga amat mengalu-alukan kepada kawan2 semua untuk memberikan sebarang komen atau cadangan untuk saya membuat penambahbaikan terhadap laman blog saya ini...Semoga anda semua akan terus-menerus melayari laman blog ini...Terima Kasih, Salam 1Malaysia daripada Aini Suhada Amer...

Monday, November 14, 2011

KELEBIHAN MEMBACA AYAT KURSI


1) Baca pada ketika keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi

2) Baca ketika masuk rumah, kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu

3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat

4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam

5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian.

Sampaikan ilmu ini kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah bagi mu. Andai setiap orang yang mengamalkannya, kamu akan turut mendapat pahalanya sehingga hari kiamat...Insya-Allah....Aminnn...

Tuesday, November 1, 2011

MY SPECIAL MEE GORENG BASAH...

If you are a noodle lover and love something spicy, try order mee goreng basah at any Malay restaurant. Sometimes you could also buy this type of fried noodle at pasar malam. But of course those pasar malam mee goreng with price RM1.50 would not have all the beef, squid, prawn, sawi and everything else like the one I cooked at home...he...he!  

When I cook this type of fried noodle, usually I will blend the chili paste. If you boil the dried chili before you blend it, it could last for quite a long time in the fridge. Sometimes when I have extra time, I blend the chili together with onion and garlic. So the next time when I feel like cooking sambal tumis or any spicy fried dish, I just use the blended chili and it would save a lot of preparation and cooking time.

Monday, October 31, 2011

RM39 INSTEAD OF RM80 AT MY MINI MUFFIN...

What You'll Get !!!

•8 pcs Red Velvet Cupcakes (2.5oz)
•8 pcs Butterscotch Cupcakes (2.5oz)
•1 Box of 4-inch mini Pavlova
•Delivery within KL, Selangor (selected area) worth RM 15
•Halal
•Also provides other goods and services like muffins, cakes, chocolates, gifts, doorgifts, giftpacks, hamper, cookies, cooking and baking class
•Succulent red velvet & butterscotch cupcakes to satisfy your sweet tooth cravings!

Conditions
•Redemption Period: 10 November 2011 - 10 January 2012
•Unlimited Purchase & Redemption per person
•Halal
•Redemption Hours: Monday - Sunday (9am - 10pm)
•7 days prior reservation required.
(Please make your order by filling in the order form at the bottommost part of My Mini Muffin)
•For delivery, you can only choose the preferred week for delivery
(Specific time & date will be set by My Mini Muffin. SMS notifications will be sent earlier)
•For home delivery, cupcakes must be picked up at the nearest petrol station/any easy landmark nearby
•For office delivery, cupcakes must be collected at the parking lot/in front of office
(Extra charge will be applied if parking require fee)
•Delivery starts from 9am - 5pm during working days
•Self-pickup can be made in Ulu Klang area on Friday, Saturday and Sunday only
•Vouchers to be presented at redemption as proof of purchase

How to redeem this deal?
◦1) Buy this voucher
◦2) Get your voucher in your account ie "My Stuff" on MilkADeal
◦3) Make your order by filling in their order form at the bottom page of My Mini Muffin
◦4) Wait for email reply within 3 working days for confirmation
◦5) State the date and time of the pick up
◦6) Pick-up & enjoy your goodies after presenting the voucher as proof of purchase!

Sunday, October 30, 2011

ANDA INGIN LEBIH CANTIK DAN MENARIK???

1. Jadikanlah Ghadhul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "Hiasan Mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

2. Oleskan "Lipstik Kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

3. Gunakanlah "Pemerah Pipi" anda dengan kosmetik yang diperbuat daripada rasa malu hasil solekan dari "Salun Iman".

4. Pakailah "Sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

5. Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang membahayakan.

6. Hiasilah kedua tangan anda dengan "Gelang Tawadhu'" dan jari-jari dengan "Cincin Ukhuwwah".

7. Sebaik-baik kalung anda adalah "Kalung Kesucian".

8. Bedaklah wajah anda dengan "Air Wudhu'", nescaya akan bercahaya di Akhirat kelak.

Tuesday, September 6, 2011

TRIMESTER PERTAMA KU...



Pejam celik pejam celik sudah tiga bulan masa berlalu tanpa  kusedari...Beginikah keadaan dan rupa bentuk bayi di dalam kandunganku pada saat ini...Tempoh kritikal di awal trimester telah kutempuhi dengan jayanya...Kelahiran kali ini amat berlainan keadaannya berbanding anak pertama dan keduaku...Kalau dulu alu takde langsung rasa mual atau cepat pening...Badan rasa penat tue biasalah, semua wanita yang mengandung pun akan rasa cepat penat dan letih...Tapi mengandung anak ketiga kali nie aku rasa lain sikit...Dahlah penat memanjang, kadang-kadang pening kepala dan yang lain macamnya saya cepat mual bila makan benda-benda yang boleh memualkan terutamanya daging ayam...Lebih-lebih lagi bila dimakan dengan kuantiti yang banyak...Padahal pada kelahiran sebelum nie, elok je aku mentekedarah dan melantak semahunya...Adakah ini petanda anak yang bakal kulahirkan nanti adalah perempuan???Almaklumlah kedua-dua anakku sebelum ini adalah lelaki...he...he...he...Insya-Allah...Amiiinnn...

Tuesday, July 26, 2011

MARHABAN YA RAMADHAN...


Alhamdulillah...Hari ini kurasakan saat yang sangat indah kerana masih mampu berdiri dan menghirup udara segar kurniaan Ilahi...Ku menghadiahkan seribu kesyukuran ke hadrat-Nya pada bulan Syaa'ban yang mulia ini...Ini bermakna aku semakin menghampiri Ramadhan Al-Mubarak yang ku tunggu-tunggu demi cintaku pada yang Esa...Ya, masih tinggal cuma beberapa hari lagi sebelum Ramadhan tiba...
Ramadhan, bulan penuh keberkatan... Mengapa ia dikatakan begini? Sudah tentu semua telah maklum bahawa Ramadhan merupakan satu-satunya bulan yang kita diuji dengan pelbagai corak ujian untuk mengukur kesabaran demi memperoleh seribu kebaikkan daripadanya...Masya-Allah!
Allah menciptakan manusia dengan tujuan, iaitu untuk menguji samada kita baik atau sebaliknya...
Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
"Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat)." [Al-Mulk : 2]
Oleh kerana aku merupakan manusia yang sering terlalai dan membuat dosa, maka Ramadhan inilah sebenarnya merupakan waktu untuk aku menghapuskan dosa-dosaku agar aku dikembalikan kepada-Nya tanpa noda-noda dosa.
1)Sabda Rasulullah SAW:
"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan ganjaran pahala, maka di ampunkan dosa-dosa yang lepas dan akan datang." [HR Al-Bukhari]
2)Sabda Rasulullah SAW lagi:
"Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat yang lain dan puasa Ramadan ke Ramadan yang lain, semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-duanya selagi mana ia menjauhi dosa-dosa besar." [HR Muslim]
Insya-Allah dengan kehadiran Ramadhan kali ini aku akan berusaha merebut peluang ini untuk berpuasa dengan penuh keimanan kepada-Mu, bukan sahaja menahan diri daripada lapar dan dahaga malah turut menahan diri daripada godaan syaitan dan hawa nafsu.
Sesungguhnya begitu mulia Ramadhan Al-Mubarak...Begitu besar dan banyak kebaikannya...Malah tidak terhitung jumlah dosa-dosa yang terhapus kerananya!
Ya Allah Ya Rabbi, jauhkanlah aku daripada kelalaian menyambut bulan-Mu Ramadhan...Tingkatkanlah usaha ku ke arah mencapai rahmat-Mu...Amin...

Wednesday, July 20, 2011

PRINSIP KEJAYAAN


Aku ingin berkongsi ilmu berkaitan prinsip kejayaan yang telah kupelajari di dalam Seminar Hidup Luar Biasa bersama Dr. Azizan Osman dan Afdlin Shauki. Prinsip-pronsip tersebut adalah:

1. 100% komitmen

2. Fokus
3. Maksimakan potensi diri
4. Keinginan yang tinggi
5. Fast action fast result
6. Mentor
7. Ilmu dan emosi
8. Sistem
9. Tindakan
10. Impian
11. Tukar kawan, cari yang positif
12. Tidak dengar cakap orang-orang yang negatif
13. Never ever-ever give-up
14. It's now or never
15. Fahami halangan anda
16. It's not how good you are today but how good you want to be
17. For thing to change I must change first
18. Saya bertanggungjawab dengan kejayaan dan kesilapan saya
19. Tinggalkan pulau alasan
20. You decide
21. Tindakan yang kecil membawa kepada tindakan yang besar
22. Jangan berhenti berusaha

Aku berharap agar dapat melaksanakan kesemua prinsip-prinsip yang dinyatakan di atas...Insya-Allah...

Thursday, July 7, 2011

KEDUDUKAN EMOSI...


A - Tidak Asertif (Submission)

1. I'm not O.K, You're O.K
2. I lose, You win

B - Asertif (Cooperation)

1. I'm O.K, You're O.K
2. I win, You win

C - Agresif (Domination)

1. I'm O.K, You're not O.K
2. I win, You lose

Kedudukan emosi anda dikategori yang mana???Renung2kan semua...

Wednesday, July 6, 2011

RESEPI MALAM INI...


SOTONG GORENG KUNYIT

Bahan-bahan:


250g sotong ~ bersihkan dan dipotong bulat
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang halus
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat
1 batang daun bawang ~ dipotong dalam 1 inci
1 sudu kecil kunyit serbuk
Garam dan sedikit gula
Minyak untuk menumis.

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga garing.
Kemudian masukkan sotong, bawang besar dan kunyit.

2. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
Akhir sekali masukkan daun bawang, kacau rata dan bolehlah diangkat.

(Masak sotong sekejap saja kerana sotong akan menjadi keras jika dimasak lama)

Senang je nak masak resepi nie...Nie namanya resepi orang malas...ha...ha...

APAKAH ERTI TANGISANKU INI???



Tidak semua tangisan itu negatif, dan tidak semua insan yang menangis itu lemah. Bilakah tangisan ini membawa erti kekuatan dan kehebatan?
1. Menangis kerana rasa cinta dan takut kepada Allah
2. Menangis kerana menginsafi kelemahan diri dan ahli keluarga dan berusaha untuk memperbaikinya.
3. Menangis apabila melihat saudara seaqidah dizalimi dan berusaha untuk membantu.
4. Menangis apabila melihat tatasusila umat Islam yang telah melampau.
5. Menangis kerana berasa syukur dengan rahmat Allah yang terlalu banyak walaupun dirinya ditimpa bencana
6. Menangis kerana menyesali dosa dan menyedari kesilapannya
7. Menangis apabila dia menemui kebenaran setelah sekian lama hanyut di dalam kesesatan.
Tangisan-tangisan ini adalah kehebatan kerana orang yang menitiskan air matanya kerana Allah, adalah orang yang cukup tinggi rasa keimanan dan taqwanya seperti yang ditunjukkan melalui sabda Rasulullah yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a,
"Tidak akan masuk neraka seorang laki-laki yang menangis kerana takut pada Allah Swt. sehingga air susu kembali masuk ke dalam puting..." (H.R Tirmidzi)
Pada satu ketika Rasulullah saw. berkhutbah di hadapan para sahabat, beliau bersabda," Seandainya kalian mengetahui apa yang aku ketahui sungguh kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis." Kemudian para sahabat menutup wajah mereka dan mereka menangis. (Muttafaq 'Alaihi)
Pada suatu hari Rasulullah saw telah mendengar seorang sahabat Baginda yang sedang membaca al Quran. Apabila sampai ke ayat yang bermaksud:
"Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah seperti kulit yang merah" Surah ar Rahman – 37
Bulu roma si pembaca itu berdiri tegak dan dia menangis tersedu-sedu sambil bertanya:"Aduh, apakah yang akan berlaku pada diriku apabila langit terbelah? Malang sungguh nasibku ini." Rasulullah saw berkata kepadanya:" Tangisanmu telah menyebabkan para malaikat menangis bersama-sama."
Jawapan yang sama telah diberikan oleh Rasulullah saw kepada seorang Ansar yang duduk menangis selepas menunaikan sembahyang Tahajjud.
Abdullah bin Rawahah telah menangis pada suatu hari. Isterinya melihat keadaannya turut menangis bersama-sama, dia bertanya kepada isterinya itu:"Mengapa kamu menangis?" Kata Abdullah:"Apabila aku teringat yang aku terpaksa menyeberangi neraka melalui titian sirat, aku menangis."Aku tidak tahu sama ada aku akan berjaya menyeberanginya atau tidak."
Subhanallah, kehebatan yang terserlah dengan linangan air mata yang membuktikan kekuatan seseorang insan.

Monday, July 4, 2011

WELL-BALANCED NUTRITION DURING PREGNANCY


Good nutrition is always important, but when you’re growing a new life inside of you, it becomes even more essential. To ensure a smooth pregnancy, a successful delivery, and a healthy baby, do your best to consume a well-balanced diet with a variety of foods from each of the recommended groups. Most obstetrical dieticians recommend striving for the following balance each day:

• 3-5 servings of vegetables

• 2-4 servings of fruit

• 6 or more servings of grains, bread, rice, pasta, or other starches

• 2 servings of cheese, yogurt, milk, or other dairy products

• 2-3 servings of lean meats, fish, poultry, eggs, beans, or nuts


• At least 64 ounces of water, juice, or milk
.

When choosing your fare, try to select foods high in iron, calcium, and protein. Be sure to get the recommended daily dose of fiber, which helps to regulate the digestive system and ward off the constipation that can often plague pregnant women. Most doctors recommend avoiding fish with high levels of mercury. Above all, balance is key-by diversifying your diet into the right buckets, you’ll be effectively providing your baby with the right proportions of vitamins and minerals
.

Wednesday, June 22, 2011

MY HUSBAND'S BIG FAMILY...

The best photo of big and happy family...Say cheese everybody and thumbs up ya....

Thursday, June 9, 2011

PERSONAL MAKE-UP...

Sebelum

Selepas

Sebelum
Selepas

Percubaan yang sangat membanggakan...Terima kasih kepada semua peserta yang menyertai kelas mekapku...Jangan segan silu untuk war2kan kepada kawan2 yang lain...Aku bagi harga istimewa terutama kepada mereka yang masih student...Sila hubungiku untuk tempah tarikh belajar mekap...Aku akan bagi banyak tips2 mekap dan penjagaan kulit secara eksklusif kepada anda...Kepada mereka yang membawa kawan2 yang lain ke kelas mekap tue nanti, aku akan beri hadiah bertuah...Cepat sementara stok hadiah masih ada...

Tuesday, May 31, 2011

Sunday, April 24, 2011

JALAN-JALAN CARI IDEA...


Sempat ambik gambar di salah sebuah kedai kerongsang...Saje menilik-nilik design menarik yang boleh dibuat...Almaklumlah sejak dah pandai buat kerongsang sendiri nie...Aku sentiasa mencari-cari apakah design kerongsang yang mendapat sambutan hangat di pasaran...Terima kasih kepada Kak Ogy kerana menurunkan ilmu dan kemahiran membuat kerongsang kepada saya...Sebelum nie memang tangan aku takde seni langsung...Alhamdulillah, berkat kesabaranku dan sikap ingin belajarku nie, sekarang semuanya menjadi...he...he...he...

Friday, April 22, 2011

8000 KALORI PERLU DIBAKAR???


Hmm...Sedapnye bila tengok makanan2 nie...Aku memang pantang tengok makanan...Biarlah takde kat depan mata daripada ada...Alamat aku bedal jer...he...he...Tahu tak korang, berapa jumlah kalori bagi setiap makanan yang korang ambik setiap hari??? Nak tau tak? sekiranya korang berhasrat untuk mengurangkan berat badan sebanyak 1 kilogram, sejumlah 8000 kalori perlu dibakar???

Wah banyak tue...Aku pun tak dapat nak kira berapa jumlah kalori makanan yang perlu kuambik setiap hari... Exercise apa pulak yang aku kena buat untuk bakar balik kalori yang dah kuambik setiap hari...Nak kena belajar mengira jumlah kalori nie...he...he...Lets's check it out our calories...For more information about calories, I will update later...Please keep follow my blog for more and new tips...