Tuesday, August 17, 2010

MAKANAN BERKHASIAT UNTUK KEKAL LANGSING

Bagi memastikan supaya badan kekal langsing dan sihat, anda perlu makan dengan sedikti dan sederhana, namun kerap supaya badan tidak kehabisan tenaga dan tidak berasa terlalu lapar. Rasa terlalu lapar boleh membuatkan anda makan dengan lebih banyak. Anda perlu amalkan memakan makanan yang rendah kalori dan rendah lemak.

Makanan yang mengandungi banyak air boleh membantu dalam mengurangkan rasa lapar. Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak. Kurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi dengan memakan salad sebelum mengambil menu utama.

Utamakan protein dalam setiap hidangan makanan. Kajian mendapati memakan makanan berprotein tinggi akan menyebabkan kurang rasa lapar. Pengambilan protein boleh diambil seperti putih telur, tuna, ayam tanpa kulit, kekacang dan sebagainya.

Minum air putih adalah terbaik dan perlu diamalkan setiap masa. Air yang diminum 30 minit sebelum mengambil makanan berat dapat mengurangkan rasa lapar dan sudah tentu anda akan makan dalam kuantiti yang sedikit. Makanan sebegini harus diamalkan untuk diet yang sihat supaya dapat mencegah dari pelbagai penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan.

Monday, August 16, 2010

SELAMAT BERPUASA...!!!

Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua...Semoga di bulan yang penuh barakah ini, kita sama2 dapat mempertingkatkan lagi amalan...Insya-Allah...Biasanya masa bulan puasa nie lah waktu yang sesuai untuk aku pastikan berat badan unggulku tercapai...he...he...Dalam bulan puasa nie jugak aku akan memperkenalkan produk2 terbaru yang dapat membantu korang dalam menguruskan badan...Aku juga akan berikan lebih banyak tips2 atau resepi2 kejayaan dalam mencapai apa yang kita targetkan...Korang patut cuba...Jangan percaya apa yang aku cakap...Tapi buat atau ikut jer apa yang aku dah buat....Korang pasti berjaya...Insya-Allah...