Friday, October 29, 2010

AIR KOSONG PENAWAR PELBAGAI PENYAKIT

Kajian para saintis mendapati amalan meminum air sebaik sahaja bangun dari tidur pada setiap pagi mempunyai banyak manfaat. Japanese Medical Society misalnya, telah berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu bahawa amalan ini mampu memulihkan penyakit-penyakit serius seperti sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun, amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

* Minum empat (4) gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
* Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
* Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
* Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam, jangan makan atau minum untuk tempoh dua (2 ) jam.
* Bagi mereka yang lanjut usia dan tidak larat minum empat (4) gelas air sekaligus di peringkat permulaan, anda boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat (4) gelas sehari.

Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:

1. Tekanan darah tinggi - 30 hari
2. Gastrik - 10 hari
3. Diabetes - 30 hari
4. Sembelit - 10 hari
5. Kanser - 180 hari
6. Tibi - 90 hari

Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali di peringkat awal anda mungkin kerap buang air kecil.