Thursday, March 31, 2011

BERGAYA DI MAJLIS MAKAN MALAM

Seronoknya dapat bergambar dengan artis Yatt...Memang sporting giler...Dia jadi pengacara memang sempoilah...

Ada pulak pokok krismas kat dalam hotel nie...he...he..

Kat tangga pun boleh gak...

Bergambar dengan dua orang 'Cowboy Of The Nite"...

Queen Of The Nite - Best Dress (Kategori Wanita)

Me @ Dinner at Hotel Pan Pacific Sepang

Tuesday, March 8, 2011

BERSABARLAH WAHAI HATI...


Tuhan yang beri kita rezeki, dan hanya Dia yang berkuasa mengambilnya semula.Duit dalam genggaman kita, dalam akaun bank, dalam poket seluar mahupun beg duit belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin kehilangannya. Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepada-Nya dengan tangan yang kosong. Tanpa wang, tanpa harta. Semuanya milik Allah. Dan Dia berhak atas segalanya. Bila diuji, bersabarlah wahai hati...

Musibah datang dalam pelbagai cara. Musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya.

Bila diuji, bagaimana penerimaan kita terhadap musibah tersebut? Apakah kita menerima ujian dari-Nya dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan kembali muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi amalan seharian. Atau bagaimana? Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan. Sedangkan mungkin juga, ujian itu merupakan salah satu peringatan kepada kita, supaya kembali dekat kepada-Nya, agar perbanyakkan amalan kepada-Nya, menadah tangan bermohon doa kepada Dia...

Atau mungkin Allah menguji kita kerana ingin melihat sejauh mana kita menerima ketentuan-Nya. Bersabar dengan dugaan yang telah Dia berikan kepada kita. Bukankah Allah sayang kepada orang yang bersabar dan menerima ketentuan-Nya dengan hati yang tenang dan redha?
Wahai hati, bersabarlah. Jangan berputus asa dan teruskanlah berjuang, mohonlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah bahawa cukuplah Allah sebagai penolong. Bersabarlah wahai hati. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu, bila ditimpa musibah, hadapilah segalanya dengan tabah dan sabar. Insya-Allah Allah bersama-sama kita...