Tuesday, September 6, 2011

TRIMESTER PERTAMA KU...



Pejam celik pejam celik sudah tiga bulan masa berlalu tanpa  kusedari...Beginikah keadaan dan rupa bentuk bayi di dalam kandunganku pada saat ini...Tempoh kritikal di awal trimester telah kutempuhi dengan jayanya...Kelahiran kali ini amat berlainan keadaannya berbanding anak pertama dan keduaku...Kalau dulu alu takde langsung rasa mual atau cepat pening...Badan rasa penat tue biasalah, semua wanita yang mengandung pun akan rasa cepat penat dan letih...Tapi mengandung anak ketiga kali nie aku rasa lain sikit...Dahlah penat memanjang, kadang-kadang pening kepala dan yang lain macamnya saya cepat mual bila makan benda-benda yang boleh memualkan terutamanya daging ayam...Lebih-lebih lagi bila dimakan dengan kuantiti yang banyak...Padahal pada kelahiran sebelum nie, elok je aku mentekedarah dan melantak semahunya...Adakah ini petanda anak yang bakal kulahirkan nanti adalah perempuan???Almaklumlah kedua-dua anakku sebelum ini adalah lelaki...he...he...he...Insya-Allah...Amiiinnn...