Look your beautiful best without breaking the bank... It's all about rethinking your beauty routine - shop smart and guilt - free for multitasking products, salon and spa substitutes and free makeovers, all this and more from your own beauty adviser... When times are tough and money is tight, any responsible girl cuts back on luxuries... But some things are always going to be necessities - like age - defying skin care and a little color for fun. So here’s a list of beautiful essentials...
Wednesday, April 13, 2011
MEKAP SUKA-SUKA...
Terima kasih ye kawan2 sebab sudi luangkan masa untuk aku buat praktikal mekap kat korang...Almaklumlah budak baru belajar...Anyway, hasilnya not bad kan??? Apa2 pun aku nak kena praktis banyak lagi...Ada macam2 jenis muka lagi yang perlu aku praktikkan...Practice make perfect...Cayalah...
Tuesday, April 12, 2011
PROMOSI HARGA BORONG!!!
Tawaran hebat ini diberikan kepada sesiapa yang ingin membeli Sabun Kecantikan Kayu Manis...RM5 sahaja...Sabun kecantikan yang memberi kesan yang sangat hebat...
Harga yang ditawarkan untuk Milysa Parfum ini pula hanya RM40 sekotak... Terdapat 6 jenis wangian dalam satu kotak...Bau wangian yang tahan lama...Memang berbaloi kalau beli...
Untuk mengetahui kelebihan atau kebaikan Sabun Kecantikan Kayu Manis dan Milysa Parfum dengan lebih lanjut, sila klik pada "Penjagaan Badan & Kesihatan"...
Monday, April 11, 2011
KENANGAN DI GRAND FINAL FAREEDA...
BAHAGIA APABILA MEMBAHAGIAKAN...
Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Pegang kata-kata ini. Implikasinya untuk kita bahagia, carilah orang yang paling hampir dengan kita dan bahagiakanlah mereka. Hanya setelah itu, barulah kita akan merasa bahagia. Sesungguhnya bahagia itu bukanlah "benda" yang akan berkurang bila diberikan, tetapi ia umpama cahaya yang semakin "diberikan" akan bertambah keterangannya. Kata bijak pandai, dengan menyalakan lilin orang lain, lilin kita tidak akan padam...tetapi kita akan mendapat lebih banyak cahaya.
Thursday, March 31, 2011
BERGAYA DI MAJLIS MAKAN MALAM
Tuesday, March 8, 2011
BERSABARLAH WAHAI HATI...

Tuhan yang beri kita rezeki, dan hanya Dia yang berkuasa mengambilnya semula.Duit dalam genggaman kita, dalam akaun bank, dalam poket seluar mahupun beg duit belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin kehilangannya. Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepada-Nya dengan tangan yang kosong. Tanpa wang, tanpa harta. Semuanya milik Allah. Dan Dia berhak atas segalanya. Bila diuji, bersabarlah wahai hati...
Musibah datang dalam pelbagai cara. Musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya.
Bila diuji, bagaimana penerimaan kita terhadap musibah tersebut? Apakah kita menerima ujian dari-Nya dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan kembali muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi amalan seharian. Atau bagaimana? Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan. Sedangkan mungkin juga, ujian itu merupakan salah satu peringatan kepada kita, supaya kembali dekat kepada-Nya, agar perbanyakkan amalan kepada-Nya, menadah tangan bermohon doa kepada Dia...
Atau mungkin Allah menguji kita kerana ingin melihat sejauh mana kita menerima ketentuan-Nya. Bersabar dengan dugaan yang telah Dia berikan kepada kita. Bukankah Allah sayang kepada orang yang bersabar dan menerima ketentuan-Nya dengan hati yang tenang dan redha?
Wahai hati, bersabarlah. Jangan berputus asa dan teruskanlah berjuang, mohonlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah bahawa cukuplah Allah sebagai penolong. Bersabarlah wahai hati. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu, bila ditimpa musibah, hadapilah segalanya dengan tabah dan sabar. Insya-Allah Allah bersama-sama kita...
Thursday, February 24, 2011
BELAJAR MEKAP BERSAMA MEKAP ARTIS...
Tuesday, February 22, 2011
CARA PALING MUDAH & MURAH UNTUK MEMBAKAR LEMAK...!!!
Tahukah anda cara yang paling mudah untuk mempercepatkan kadar pembakaran lemak di dalam badan anda? Jawapannya bukan sekali dari mana-mana makanan tambahan, kaedah senaman terbaru ataupun program diet yang hebat....
Ia jauh lebih mudah dan murah tetapi sangat-sangat berkesan...
Jawapannya ialah...Minum Banyak Air...!!!
Anda mungkin pernah diberitahu untuk minum lebih banyak air setiap hari, tapi adakah anda sedar kebaikan air kepada usaha mencapai target fitness anda baik untuk membakar lemak, membina otot mahupun meningkatkan kadar kesihatan badan anda?
1) Air meningkatkan kekuatan dan prestasi anda ketika di gim.
Seperti yang anda tahu, dalam menjalani sesi latihan bebanan dan kardiovaskular, tenaga dan kekuatan anda perlu berada ditahap yang terbaik. Kajian menunjukkan sekiranya anda mengalami sedikit dehidrasi boleh mengurangkan kekuatan fizikal anda dengan ketara. Malah dengan hanya pengurangan 3-4% air di dalam badan anda boleh menyebabkan 10-20% pengecutan otot-otot di dalam badan.
2)Air membantu mengelakkan kecederaan.
Latihan bebanan dan kardiovaskular berintensiti tinggi boleh mewujudkan stress dibahagian sendi anda. Air boleh mengatasi masalah ini dengan memberikan kelinciran kepada sendi-sendi anda dan membina "cushion" perlindungan disekeliling sendi anda.
3) Air membantu penghadaman.
Makronutrient seperti protein, karbohidrat dan lemak memerlukan air untuk dipecahkan kepada komponen yang lebih kecil. Bagi memastikan badan anda benar-benar dapat menggunakan nutrient ini, anda perlu memastikan pengambilan air di dalam badan sentiasa mencukupi. Namun perlu diingat pengambilan air yang banyak ketika waktu makan boleh menyebabkan perut kembung dan menjejaskan penghadaman. Minum air ketika perut anda tidak terlalu penuh.
4) Air meningkatkan pembakaran lemak.
Salah satu fungsi hati adalah untuk mengatur metabolisma lemak. Hati juga berperanan membantu ginjal anda dalam pembuangan bahan kumuhan didalam badan melalui urine. Apabila pengambilan air adalah sedikit, bahan kumuhan ini akan terkumpul di dalam badan dan akan memaksa ginjal dan hati untuk bekerja lebih untuk membuang bahan kumuhan ini. Kekurangan air boleh mengganggu hati anda untuk membakar lemak kerana hati perlu membantu ginjal untuk membuang bahan kumuhan di dalam badan. Hasilnya kadar pembakaran lemak anda akan berkurangan.
5) Peningkatan pengambilan air akan mengurangkanproses penyimpanan air berlebihan dalam badan.
Apabila pengambilan air adalah rendah, badan anda akan menyimpan lebih banyak air atas sebab 'survival'. Air yang disimpan biasanya akan disimpan diperut, peha, punggung, muka dan sebagainya lalu menyebabkan anda kelihatan lebih gemuk. Anda sebenarnya boleh kelihatan lebih ramping dalam beberapa hari sahaja hanya dengan meningkatkan pengambilan air kerana ia akan mengurangkan penyimpanan air berlebihan di dalam badan.
Jadi berapa banyak airkah yang perlu diambil sehari?
Secara amnya, darab berat badan anda di dalam pound (Lb) dan gandakan dengan 1.6. Hasilnya ialah jumlah ounce(Oz) air yang perlu anda ambil sehari. (1kg = 2.2 lb, 1 Oz = 0.03 Liters)
Ia mungkin rasa terlalu banyak, namun apabila anda sudah biasa ia akan menjadi tabiat yang sihat. Beberapa hari pertama anda mungkin akan perlu ke tandas dengan kerap kerana badan anda sedang membuang simpanan air berlebihan di dalam badan. Selepas beberapa hari ia tidak lagi akan menjadi satu masalah.
Ingat!!! Jangan hanya minum apabila anda sudahpun berasa dahaga, kerana rasa dahaga adalah symptom dehidrasi yang sudahpun berlaku di dalam badan.
Saturday, December 4, 2010

Berbalik kepada cerita koleksi tudung, Fareeda menawarkan dan memperkenalkan banyak jenis tudung yang menarik, cantik berlayer lagi trendy sebagai contoh Maisarah, Sofiya, Suraiya, Suraiya V-Shape Bercorak, Suraiya Dwi-Warna, Sara Marissa, Sara Khatijah, Sarah Waheeda, Sabreena, Rania Eksklusif, Qamilia, Raihanah, Dania, Dania Eksklusif dan Khaleeda. Kesemua koleksi tudung2 ini amat sesuai dan mudah digayakan untuk ke semua majlis sebagai contoh ke pejabat, majlis keraian atau majlis formal. Kesemua jenis tudung dijual dengan harga berpatutan sesuai dengan kualiti fabrik yang digunakan, jenama bumiputera yang diperkenalkan serta promosi yang memberangsangkan...
Jadi apa lagi..jom kita ramai2 beli tudung Fareeda...Segera dapatkannya di mana2 butik atau pengedar sah Fareeda yang berdekatan...Anda juga berpeluang untuk menyertai Peraduan Pencarian Model Tudung Fareeda 2011...Mana tahu mungkin andalah yang terpilih sebagai pemenang mingguan selepas ini...(NEXT TOP MODEL OF FAREEDA)














