Friday, April 22, 2011

8000 KALORI PERLU DIBAKAR???


Hmm...Sedapnye bila tengok makanan2 nie...Aku memang pantang tengok makanan...Biarlah takde kat depan mata daripada ada...Alamat aku bedal jer...he...he...Tahu tak korang, berapa jumlah kalori bagi setiap makanan yang korang ambik setiap hari??? Nak tau tak? sekiranya korang berhasrat untuk mengurangkan berat badan sebanyak 1 kilogram, sejumlah 8000 kalori perlu dibakar???

Wah banyak tue...Aku pun tak dapat nak kira berapa jumlah kalori makanan yang perlu kuambik setiap hari... Exercise apa pulak yang aku kena buat untuk bakar balik kalori yang dah kuambik setiap hari...Nak kena belajar mengira jumlah kalori nie...he...he...Lets's check it out our calories...For more information about calories, I will update later...Please keep follow my blog for more and new tips...

Wednesday, April 13, 2011

BEAUTY ON A BUDGET...

Beauty on a Budget

Look your beautiful best without breaking the bank... It's all about rethinking your beauty routine - shop smart and guilt - free for multitasking products, salon and spa substitutes and free makeovers, all this and more from your own beauty adviser... When times are tough and money is tight, any responsible girl cuts back on luxuries... But some things are always going to be necessities - like age - defying skin care and a little color for fun. So here’s a list of beautiful essentials...

MEKAP SUKA-SUKA...

Sebelum

Selepas

Sebelum

Selepas

Terima kasih ye kawan2 sebab sudi luangkan masa untuk aku buat praktikal mekap kat korang...Almaklumlah budak baru belajar...Anyway, hasilnya not bad kan??? Apa2 pun aku nak kena praktis banyak lagi...Ada macam2 jenis muka lagi yang perlu aku praktikkan...Practice make perfect...Cayalah...

Tuesday, April 12, 2011

PROMOSI HARGA BORONG!!!

SABUN KECANTIKAN KAYU MANIS
RM5

Tawaran hebat ini diberikan kepada sesiapa yang ingin membeli Sabun Kecantikan Kayu Manis...RM5 sahaja...Sabun kecantikan yang memberi kesan yang sangat hebat...

MILYSA PARFUM
RM40

Harga yang ditawarkan untuk Milysa Parfum ini pula hanya RM40 sekotak... Terdapat 6 jenis wangian dalam satu kotak...Bau wangian yang tahan lama...Memang berbaloi kalau beli...

Untuk mengetahui kelebihan atau kebaikan Sabun Kecantikan Kayu Manis dan Milysa Parfum dengan lebih lanjut, sila klik pada "Penjagaan Badan & Kesihatan"...

KEMERIAHAN DI HARI PERKAHWINAN ADIK LELAKI KU...

Jelitawan2 anggun keluarga En. Amer & Pn. Noor Azmah...
Inilah keluarga besar En. Amer & Pn. Noor Azmah...

Kawan2 nak tengok gambar2 yang lebih menarik lagi??? Sila klik "Picture Gallery"...

KETENANGAN PANTAI...

Bestnyer kalau bawa keluarga pegi pantai nie...Rasa tenang dan damai jer...

Monday, April 11, 2011

KENANGAN DI GRAND FINAL FAREEDA...

Poster milikku untuk pertandingan nie...

Walaupun hanya dapat saguhati tapi pengalaman bersama kawan-kawan Fareeda tidak akan dilupakan...Yang pakai tudung warna hijau kanan sekali tuelah pemenang model Fareeda tahun 2011...Tahniah ye Suhaili, awak memang layak... Ada talent dan karisma tersendiri untuk jadi duta produk...

Kawanku yang bertudung pink yang di sebelah kiri nie mukanya macam Jue Aziz...

Kalau nak tengok gambar2 yang lain lagi, boleh klik "Picture Gallery"...

BAHAGIA APABILA MEMBAHAGIAKAN...

Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Pegang kata-kata ini. Implikasinya untuk kita bahagia, carilah orang yang paling hampir dengan kita dan bahagiakanlah mereka. Hanya setelah itu, barulah kita akan merasa bahagia. Sesungguhnya bahagia itu bukanlah "benda" yang akan berkurang bila diberikan, tetapi ia umpama cahaya yang semakin "diberikan" akan bertambah keterangannya. Kata bijak pandai, dengan menyalakan lilin orang lain, lilin kita tidak akan padam...tetapi kita akan mendapat lebih banyak cahaya.

Thursday, March 31, 2011

BERGAYA DI MAJLIS MAKAN MALAM

Seronoknya dapat bergambar dengan artis Yatt...Memang sporting giler...Dia jadi pengacara memang sempoilah...

Ada pulak pokok krismas kat dalam hotel nie...he...he..

Kat tangga pun boleh gak...

Bergambar dengan dua orang 'Cowboy Of The Nite"...

Queen Of The Nite - Best Dress (Kategori Wanita)

Me @ Dinner at Hotel Pan Pacific Sepang

Tuesday, March 8, 2011

BERSABARLAH WAHAI HATI...


Tuhan yang beri kita rezeki, dan hanya Dia yang berkuasa mengambilnya semula.Duit dalam genggaman kita, dalam akaun bank, dalam poket seluar mahupun beg duit belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin kehilangannya. Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepada-Nya dengan tangan yang kosong. Tanpa wang, tanpa harta. Semuanya milik Allah. Dan Dia berhak atas segalanya. Bila diuji, bersabarlah wahai hati...

Musibah datang dalam pelbagai cara. Musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya.

Bila diuji, bagaimana penerimaan kita terhadap musibah tersebut? Apakah kita menerima ujian dari-Nya dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan kembali muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi amalan seharian. Atau bagaimana? Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan. Sedangkan mungkin juga, ujian itu merupakan salah satu peringatan kepada kita, supaya kembali dekat kepada-Nya, agar perbanyakkan amalan kepada-Nya, menadah tangan bermohon doa kepada Dia...

Atau mungkin Allah menguji kita kerana ingin melihat sejauh mana kita menerima ketentuan-Nya. Bersabar dengan dugaan yang telah Dia berikan kepada kita. Bukankah Allah sayang kepada orang yang bersabar dan menerima ketentuan-Nya dengan hati yang tenang dan redha?
Wahai hati, bersabarlah. Jangan berputus asa dan teruskanlah berjuang, mohonlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah bahawa cukuplah Allah sebagai penolong. Bersabarlah wahai hati. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu, bila ditimpa musibah, hadapilah segalanya dengan tabah dan sabar. Insya-Allah Allah bersama-sama kita...