
Makanan yang mengandungi banyak air boleh membantu dalam mengurangkan rasa lapar. Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak. Kurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi dengan memakan salad sebelum mengambil menu utama.
Utamakan protein dalam setiap hidangan makanan. Kajian mendapati memakan makanan berprotein tinggi akan menyebabkan kurang rasa lapar. Pengambilan protein boleh diambil seperti putih telur, tuna, ayam tanpa kulit, kekacang dan sebagainya.
Minum air putih adalah terbaik dan perlu diamalkan setiap masa. Air yang diminum 30 minit sebelum mengambil makanan berat dapat mengurangkan rasa lapar dan sudah tentu anda akan makan dalam kuantiti yang sedikit. Makanan sebegini harus diamalkan untuk diet yang sihat supaya dapat mencegah dari pelbagai penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan.
No comments:
Post a Comment