LATEST INFORMATION



Kelebihan membaca Ayat Kursi...

1) Baca pada ketika keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi

2) Baca ketika masuk rumah, kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu

3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat

4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam

5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian.

Sampaikan ilmu ini kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah bagi mu. Andai setiap orang yang mengamalkannya, kamu akan turut mendapat pahalanya sehingga hari kiamat...Insya-Allah....Aminnn...


1. Jadikanlah Ghadhul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "Hiasan Mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

2. Oleskan "Lipstik Kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

3. Gunakanlah "Pemerah Pipi" anda dengan kosmetik yang diperbuat daripada rasa malu hasil solekan dari "Salun Iman".

4. Pakailah "Sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

5. Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang membahayakan.
 
6. Hiasilah kedua tangan anda dengan "Gelang Tawadhu'" dan jari-jari dengan "Cincin Ukhuwwah".

7. Sebaik-baik kalung anda adalah "Kalung Kesucian".

8. Bedaklah wajah anda dengan "Air Wudhu'", nescaya akan bercahaya di Akhirat kelak.



Hmm...Sedapnye bila tengok makanan2 nie...Aku memang pantang tengok makanan...Biarlah takde kat depan mata daripada ada...Alamat memang aku bedal jer...he...he...Tahu tak korang, berapa jumlah kalori bagi setiap makanan yang korang ambik setiap hari??? Nak tau tak? Sekiranya korang berhasrat untuk mengurangkan berat badan sebanyak 1 kilogram, sejumlah 8000 kalori perlu dibakar???

Wah banyak tue...Aku pun tak dapat nak kira berapa jumlah kalori makanan yang aku ambik setiap hari... Exercise apa pulak yang aku kena buat untuk bakar balik kalori yang dah aku ambik setiap hari...Aku nak kena belajar mengira jumlah kalori nie...he...he...Lets's check it out our calories...For more information about calories, I will update later...Please keep follow my blog for more and new tips...


Tahukah anda cara yang paling mudah untuk mempercepatkan kadar pembakaran lemak di dalam badan anda? Jawapannya bukan sekali dari mana-mana makanan tambahan, kaedah senaman terbaru ataupun program diet yang hebat....
Ia jauh lebih mudah dan murah tetapi sangat-sangat berkesan...
Jawapannya ialah...Minum Banyak Air...!!!

Anda mungkin pernah diberitahu untuk minum lebih banyak air setiap hari, tapi adakah anda sedar kebaikan air kepada usaha mencapai target fitness anda baik untuk membakar lemak, membina otot mahupun meningkatkan kadar kesihatan badan anda?

1) Air meningkatkan kekuatan dan prestasi anda ketika di gim.
Seperti yang anda tahu, dalam menjalani sesi latihan bebanan dan kardiovaskular, tenaga dan kekuatan anda perlu berada ditahap yang terbaik. Kajian menunjukkan sekiranya anda mengalami sedikit dehidrasi boleh mengurangkan kekuatan fizikal anda dengan ketara. Malah dengan hanya pengurangan 3-4% air di dalam badan anda boleh menyebabkan 10-20% pengecutan otot-otot di dalam badan.

2)Air membantu mengelakkan kecederaan.
Latihan bebanan dan kardiovaskular berintensiti tinggi boleh mewujudkan stress dibahagian sendi anda. Air boleh mengatasi masalah ini dengan memberikan kelinciran kepada sendi-sendi anda dan membina "cushion" perlindungan disekeliling sendi anda.

3) Air membantu penghadaman.
Makronutrient seperti protein, karbohidrat dan lemak memerlukan air untuk dipecahkan kepada komponen yang lebih kecil. Bagi memastikan badan anda benar-benar dapat menggunakan nutrient ini, anda perlu memastikan pengambilan air di dalam badan sentiasa mencukupi. Namun perlu diingat pengambilan air yang banyak ketika waktu makan boleh menyebabkan perut kembung dan menjejaskan penghadaman. Minum air ketika perut anda tidak terlalu penuh.

4) Air meningkatkan pembakaran lemak.
Salah satu fungsi hati adalah untuk mengatur metabolisma lemak. Hati juga berperanan membantu ginjal anda dalam pembuangan bahan kumuhan didalam badan melalui urine. Apabila pengambilan air adalah sedikit, bahan kumuhan ini akan terkumpul di dalam badan dan akan memaksa ginjal dan hati untuk bekerja lebih untuk membuang bahan kumuhan ini. Kekurangan air boleh mengganggu hati anda untuk membakar lemak kerana hati perlu membantu ginjal untuk membuang bahan kumuhan di dalam badan. Hasilnya kadar pembakaran lemak anda akan berkurangan.

5) Peningkatan pengambilan air akan mengurangkanproses penyimpanan air berlebihan dalam badan.
Apabila pengambilan air adalah rendah, badan anda akan menyimpan lebih banyak air atas sebab 'survival'. Air yang disimpan biasanya akan disimpan diperut, peha, punggung, muka dan sebagainya lalu menyebabkan anda kelihatan lebih gemuk. Anda sebenarnya boleh kelihatan lebih ramping dalam beberapa hari sahaja hanya dengan meningkatkan pengambilan air kerana ia akan mengurangkan penyimpanan air berlebihan di dalam badan.

Jadi berapa banyak airkah yang perlu diambil sehari?
Secara amnya, darab berat badan anda di dalam pound (Lb) dan gandakan dengan 1.6. Hasilnya ialah jumlah ounce(Oz) air yang perlu anda ambil sehari. (1kg = 2.2 lb, 1 Oz = 0.03 Liters)
Ia mungkin rasa terlalu banyak, namun apabila anda sudah biasa ia akan menjadi tabiat yang sihat. Beberapa hari pertama anda mungkin akan perlu ke tandas dengan kerap kerana badan anda sedang membuang simpanan air berlebihan di dalam badan. Selepas beberapa hari ia tidak lagi akan menjadi satu masalah.
Ingat!!! Jangan hanya minum apabila anda sudahpun berasa dahaga, kerana rasa dahaga adalah symptom dehidrasi yang sudahpun berlaku di dalam badan.

  

COLLAGEN

Pengambilan collagen secara berterusan dapat bertindak ke atas tanda-tanda penuaan. Antaranya melicinkan tanda-tanda garisan serta kedutan pada kulit agar nampak tegang dan berseri, meningkat keanjalan kulit, menguatkan serta menyihatkan kuku dan rambut, membantu mengurangkan berat badan dan meningkatkan kenyenyakan tidur.

Collagen berfungsi sebagai ejen “Chondroprotective” yang melindungi “Cartilage” dan cecair “Synovial” bagi membantu mengurangkan masalah dan kesakitan sendi seperti di lutut.

Sekiranya collagen diambil sebelum melakukan senaman atau aktiviti berbentuk fizikal, collagen dapat memberikan kesan “Anabolik” iaitu meningkatkan tenaga dan prestasi.

Pengambilan collagen menggalakkan penyerapan asid amino yang penting seperti “Glysine”, “Proline” dan “Hydroxyproline” yang dapat meningkatkan proses pecahan lemak di dalam badan. Malahan collagen secara positifnya memainkan peranan dalam proses pengurusan berat badan.

Collagen mempunyai sifat sebagai anti-beku. Dimana ianya boleh mencegah darah daripada membeku, dengan kata lain dapat membantu mereka yang mempunyai masalah jantung. Collagen juga membantu di dalam masalah melibatkan kulit seperti menyembuhkan luka dan kesan kebakaran pada badan.


MACA

Apakah faedah-faedah yang boleh didapati dengan pengambilan maca?

Pengambilan maca secara konsisten dapat meningkatkan kesuburan wanita serta penghasilan cecair air mani bagi lelaki. Maca juga berkesan bagi mencegah dan melawan proses penuaan pramatang serta kelemahan oganik yang berpunca daripada dengan kehilangan banyak tenaga.

Maca berfungsi sebagai salah satu bahan yang dapat mengawal pelbagai jenis penyakit “Anemia” iaitu penyakit yang disebabkan kekurangan sel darah merah. Maca juga dapat mengawal penyakit “Riket” dan “Osteomalasia” iaitu penyakit yang disebabkan gangguan dalam pembetukan tulang, gigi dan sendi di kalangan kanak-kanak serta golongan dewasa.

Selain itu, pengambilan maca dapat mengaktifkan semula keupayaan fizikal dan intelektual. Satu kajian makmal telah dijalankan ke atas beberapa ekor haiwan. Hasil kajian mendapati haiwan-haiwan yang diberi makan dengan Maca, mempunyai berat badan yang sama dengan haiwan-haiwan yang diberi makan dengan supplemen daripada produk-produk lain. Bagaimanapun, haiwan-haiwan yang diberi makan dengan Maca didapati lebih aktif dan bertenaga. Lantaran itu, Maca merupakan sumber tenaga atau supplemen yang hebat, mengenyangkan namun tidak menggemukkan.

Kesimpulannya, Pergunungan Andes menawarkan Maca sebagai bahan asli yang terbaik untuk mengaktifkan dan mencergaskan semula tenaga. Oleh yang demikian, Maca digelar “Ginseng Andean”. Secara amnya, Maca boleh mengatasi kehausan dan kehabisan tenaga yang diakibatkan oleh gaya hidup moden yang sibuk, kekurangan khasiat serta persekitaran sosial dan kebersihan yang tidak sihat.


Bagi memastikan supaya badan kekal langsing dan sihat, anda perlu makan dengan sedikti dan sederhana, namun kerap supaya badan tidak kehabisan tenaga dan tidak berasa terlalu lapar. Rasa terlalu lapar boleh membuatkan anda makan dengan lebih banyak. Anda perlu amalkan memakan makanan yang rendah kalori dan rendah lemak.

Makanan yang mengandungi banyak air boleh membantu dalam mengurangkan rasa lapar. Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak. Kurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi dengan memakan salad sebelum mengambil menu utama.

Utamakan protein dalam setiap hidangan makanan. Kajian mendapati memakan makanan berprotein tinggi akan menyebabkan kurang rasa lapar. Pengambilan protein boleh diambil seperti putih telur, tuna, ayam tanpa kulit, kekacang dan sebagainya.

Minum air putih adalah terbaik dan perlu diamalkan setiap masa. Air yang diminum 30 minit sebelum mengambil makanan berat dapat mengurangkan rasa lapar dan sudah tentu anda akan makan dalam kuantiti yang sedikit. Makanan sebegini harus diamalkan untuk diet yang sihat supaya dapat mencegah dari pelbagai penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan.



KELEBIHAN BERSAUNA

Tahukah anda bahawa dengan bersauna, ianya dapat memberikan banyak faedah pada tubuh badan. Antaranya adalah:

1) Membakar lemak dari luar dan menurunkan berat badan secara teratur

2) Menyembuhkan luka-luka dalaman selepas bersalin

3) Menyingkirkan toksik badan melalui peluh

4) Mengurangkan risiko darah tinggi, kencing manis dan obesiti

5) Menyegarkan tubuh badan selepas penat bekerja

6) Mengurangkan sinus, resdung dan jerawat

7) 30 minit bersauna bersamaan 2 jam bersenam atau berjogging