Saturday, December 4, 2010



PERADUAN PENCARIAN MODEL TUDUNG FAREEDA 2011


Alhamdullillah...Aku memang tak sangka akan terpilih sebagai salah seorang daripada pemenang mingguan nie...Sebenarnya aku mendapat galakan daripada adik saya Ayumi Redzuan yang beriya2 mahukan aku menyertai peraduan ini...Kalau nak ikutkan aku tak berapa yakin, almaklumlah ramai lagi wajah2 nyata jelita yang team Puan Farida dan team Fareeda mahu tonjolkan sebagai model tudung...Apapun aku ucapkan terima kasih kepada Puan Farida dan team Fareeda kerana memberi peluang kepada saya sebagai salah seorang pemenang mingguan...

Berbalik kepada cerita koleksi tudung, Fareeda menawarkan dan memperkenalkan banyak jenis tudung yang menarik, cantik berlayer lagi trendy sebagai contoh Maisarah, Sofiya, Suraiya, Suraiya V-Shape Bercorak, Suraiya Dwi-Warna, Sara Marissa, Sara Khatijah, Sarah
Waheeda, Sabreena, Rania Eksklusif, Qamilia, Raihanah, Dania, Dania Eksklusif dan Khaleeda. Kesemua koleksi tudung2 ini amat sesuai dan mudah digayakan untuk ke semua majlis sebagai contoh ke pejabat, majlis keraian atau majlis formal. Kesemua jenis tudung dijual dengan harga berpatutan sesuai dengan kualiti fabrik yang digunakan, jenama bumiputera yang diperkenalkan serta promosi yang memberangsangkan...

Jadi apa lagi..jom kita ramai2 beli tudung Fareeda...Segera dapatkannya di mana2 butik atau pengedar sah Fareeda yang berdekatan...Anda juga berpeluang untuk menyertai Peraduan Pencarian Model Tudung Fareeda 2011...Mana tahu mungkin andalah yang terpilih sebagai pemenang mingguan
selepas ini...(NEXT TOP MODEL OF FAREEDA)


No comments:

Post a Comment