Tuesday, February 22, 2011

CARA PALING MUDAH & MURAH UNTUK MEMBAKAR LEMAK...!!!

Tahukah anda cara yang paling mudah untuk mempercepatkan kadar pembakaran lemak di dalam badan anda?

Jawapannya bukan sekali dari mana-mana makanan tambahan, kaedah senaman terbaru ataupun program diet yang hebat....

Ia jauh lebih mudah dan murah tetapi sangat-sangat berkesan...

Jawapannya ialah...Minum Banyak Air...!!!

Anda mungkin pernah diberitahu untuk minum lebih banyak air setiap hari, tapi adakah anda sedar kebaikan air kepada usaha mencapai target fitness anda baik untuk membakar lemak, membina otot mahupun meningkatkan kadar kesihatan badan anda?

1) Air meningkatkan kekuatan dan prestasi anda ketika di gim.

Seperti yang anda tahu, dalam menjalani sesi latihan bebanan dan kardiovaskular, tenaga dan kekuatan anda perlu berada ditahap yang terbaik. Kajian menunjukkan sekiranya anda mengalami sedikit dehidrasi boleh mengurangkan kekuatan fizikal anda dengan ketara. Malah dengan hanya pengurangan 3-4% air di dalam badan anda boleh menyebabkan 10-20% pengecutan otot-otot di dalam badan.

2)Air membantu mengelakkan kecederaan.

Latihan bebanan dan kardiovaskular berintensiti tinggi boleh mewujudkan stress dibahagian sendi anda. Air boleh mengatasi masalah ini dengan memberikan kelinciran kepada sendi-sendi anda dan membina "cushion" perlindungan disekeliling sendi anda.

3) Air membantu penghadaman.

Makronutrient seperti protein, karbohidrat dan lemak memerlukan air untuk dipecahkan kepada komponen yang lebih kecil. Bagi memastikan badan anda benar-benar dapat menggunakan nutrient ini, anda perlu memastikan pengambilan air di dalam badan sentiasa mencukupi. Namun perlu diingat pengambilan air yang banyak ketika waktu makan boleh menyebabkan perut kembung dan menjejaskan penghadaman. Minum air ketika perut anda tidak terlalu penuh.

4) Air meningkatkan pembakaran lemak.

Salah satu fungsi hati adalah untuk mengatur metabolisma lemak. Hati juga berperanan membantu ginjal anda dalam pembuangan bahan kumuhan didalam badan melalui urine. Apabila pengambilan air adalah sedikit, bahan kumuhan ini akan terkumpul di dalam badan dan akan memaksa ginjal dan hati untuk bekerja lebih untuk membuang bahan kumuhan ini. Kekurangan air boleh mengganggu hati anda untuk membakar lemak kerana hati perlu membantu ginjal untuk membuang bahan kumuhan di dalam badan. Hasilnya kadar pembakaran lemak anda akan berkurangan.

5) Peningkatan pengambilan air akan mengurangkanproses penyimpanan air berlebihan dalam badan.

Apabila pengambilan air adalah rendah, badan anda akan menyimpan lebih banyak air atas sebab 'survival'. Air yang disimpan biasanya akan disimpan diperut, peha, punggung, muka dan sebagainya lalu menyebabkan anda kelihatan lebih gemuk. Anda sebenarnya boleh kelihatan lebih ramping dalam beberapa hari sahaja hanya dengan meningkatkan pengambilan air kerana ia akan mengurangkan penyimpanan air berlebihan di dalam badan.

Jadi berapa banyak airkah yang perlu diambil sehari?

Secara amnya, darab berat badan anda di dalam pound (Lb) dan gandakan dengan 1.6. Hasilnya ialah jumlah ounce(Oz) air yang perlu anda ambil sehari. (1kg = 2.2 lb, 1 Oz = 0.03 Liters)

Ia mungkin rasa terlalu banyak, namun apabila anda sudah biasa ia akan menjadi tabiat yang sihat. Beberapa hari pertama anda mungkin akan perlu ke tandas dengan kerap kerana badan anda sedang membuang simpanan air berlebihan di dalam badan. Selepas beberapa hari ia tidak lagi akan menjadi satu masalah.

Ingat!!! Jangan hanya minum apabila anda sudahpun berasa dahaga, kerana rasa dahaga adalah symptom dehidrasi yang sudahpun berlaku di dalam badan.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment