Tuesday, July 26, 2011

MARHABAN YA RAMADHAN...


Alhamdulillah...Hari ini kurasakan saat yang sangat indah kerana masih mampu berdiri dan menghirup udara segar kurniaan Ilahi...Ku menghadiahkan seribu kesyukuran ke hadrat-Nya pada bulan Syaa'ban yang mulia ini...Ini bermakna aku semakin menghampiri Ramadhan Al-Mubarak yang ku tunggu-tunggu demi cintaku pada yang Esa...Ya, masih tinggal cuma beberapa hari lagi sebelum Ramadhan tiba...
Ramadhan, bulan penuh keberkatan... Mengapa ia dikatakan begini? Sudah tentu semua telah maklum bahawa Ramadhan merupakan satu-satunya bulan yang kita diuji dengan pelbagai corak ujian untuk mengukur kesabaran demi memperoleh seribu kebaikkan daripadanya...Masya-Allah!
Allah menciptakan manusia dengan tujuan, iaitu untuk menguji samada kita baik atau sebaliknya...
Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
"Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat)." [Al-Mulk : 2]
Oleh kerana aku merupakan manusia yang sering terlalai dan membuat dosa, maka Ramadhan inilah sebenarnya merupakan waktu untuk aku menghapuskan dosa-dosaku agar aku dikembalikan kepada-Nya tanpa noda-noda dosa.
1)Sabda Rasulullah SAW:
"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan ganjaran pahala, maka di ampunkan dosa-dosa yang lepas dan akan datang." [HR Al-Bukhari]
2)Sabda Rasulullah SAW lagi:
"Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat yang lain dan puasa Ramadan ke Ramadan yang lain, semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-duanya selagi mana ia menjauhi dosa-dosa besar." [HR Muslim]
Insya-Allah dengan kehadiran Ramadhan kali ini aku akan berusaha merebut peluang ini untuk berpuasa dengan penuh keimanan kepada-Mu, bukan sahaja menahan diri daripada lapar dan dahaga malah turut menahan diri daripada godaan syaitan dan hawa nafsu.
Sesungguhnya begitu mulia Ramadhan Al-Mubarak...Begitu besar dan banyak kebaikannya...Malah tidak terhitung jumlah dosa-dosa yang terhapus kerananya!
Ya Allah Ya Rabbi, jauhkanlah aku daripada kelalaian menyambut bulan-Mu Ramadhan...Tingkatkanlah usaha ku ke arah mencapai rahmat-Mu...Amin...

No comments:

Post a Comment