Wednesday, July 6, 2011

RESEPI MALAM INI...


SOTONG GORENG KUNYIT

Bahan-bahan:


250g sotong ~ bersihkan dan dipotong bulat
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang halus
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat
1 batang daun bawang ~ dipotong dalam 1 inci
1 sudu kecil kunyit serbuk
Garam dan sedikit gula
Minyak untuk menumis.

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga garing.
Kemudian masukkan sotong, bawang besar dan kunyit.

2. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
Akhir sekali masukkan daun bawang, kacau rata dan bolehlah diangkat.

(Masak sotong sekejap saja kerana sotong akan menjadi keras jika dimasak lama)

Senang je nak masak resepi nie...Nie namanya resepi orang malas...ha...ha...

No comments:

Post a Comment