Wednesday, June 9, 2010

BERSAUNA BOLEH KURUSKAN BADAN???

Dah lamanya aku tak bersauna kat rumah dalam minggu nie...Almaklumlah aku agak busy dengan hal2 yang tak dapat nak dielakkan...Inilah set sauna yang saya miliki untuk membantu dalam menguruskan berat badan...Nak pegi bersenam atau berjogging lagi takde masa...Bersauna jela kat rumah...Kelebihannya pun lebih kurang sama macam bersenam dan berjogging...Bezanya aku boleh bersauna sambil tengok tv atau baca majalah kat rumah dengan selesanya...he...he...Aku beli set sauna nie masa tahun 2006...Time tue harganya RM400 beli ...Sekarang nie harganya dah turun kepada RM350...Nak dapat murah lagi kena tunggu time ada promosilah kot...

Dulu aku beriya-iya beli set sauna nie bukan apa...Daripada aku pegi bersauna kat salun kecantikan 30-45 minit kena bayar RM10-15 sekali sauna...Seminggu 3 kali sauna pulak tue...Almaklumlah nak kurus cepat...Lebih baik beli jer set nie buat aset...Boleh guna banyak-banyak kali untuk jangka masa panjang...Jadi kalau aku gemuk lagi lepas nie 4-5 kali pun saya dah tak kisah dah...Sebab aku dah ada aset-aset yang akan membantu untuk kembali semula kepada saiz asal dan tampil bergaya...

Bersauna nie amat sesuai untuk wanita-wanita yang sedang berpantang selepas bersalin...Masa tengah pantang, agak2 jahitan tue dah sembuh...Selalu2 lah bersauna kerana dengan bersauna ianya akan membantu dalam mengurangkan kandungan air dalam badan...Sebab tue masa berpantang, orang tua2 tak bagi minum air banyak2 sangat walaupun air kosong apa lagi air manis...Sebab takut gemuk air dan perut buncit...Kalau korang nak tau jugak...Sebenarnya dengan bersauna juga ianya dapat menambahkan kuantiti susu bagi yang menyusukan anak...Sebab tue bila masa berpantang orang tua2 suruh kita mandi pagi dan petang guna air suam dari hujung rambut sampai hujung kaki...Kalau korang perasan, sebenarnya bersauna nie pun seakan-akan macam amalan bertangas dalam pantang seperti orang tua2 kita amalkan dulu cumanya bersauna agak moden sikit...Jangan disalahgunakan untuk buat nasi kangkang sudah...Nauzubillah...

Tuelah kalau kita tengok balik petua2 dan pantang-larang orang tua2 zaman dulu nie ada banyak juga kebaikannya...Sebab tue kebanyakan diaorang walaupun sudah berusia tapi masih sihat dan panjang umur...Diaorang memang betu2 jaga bab kecantikan dan kesihatan dari awal lagi...Cuma kita je yang nak gunapakai kaedah tersebut atau tak...

No comments:

Post a Comment