Thursday, June 10, 2010

BERSAMA MISHA OMAR...



Lokasi gambar nie adalah di rumah nenek aku kat Kampung Batu Belah Klang...Masa nie memang best sebab Misha Omar datang mengejut ke rumah...Memang surprise giler...Sayangnya aku tak banyak ambik gambar masa nie...Zaman tue masih tak mampu nak beli kamera...Ambik gambar pakai kamera handset jer...Sebab tue gambar semua tak berapa nak clear...Time nie rasanya badanku lebih kurus dan langsing daripada Misha Omar...he...he...Jangan jealous...

Kalau korang nak tau Misha Omar nie pun rajin berpuasa untuk dapatkan bentuk badan yang cantik...Bukan aku korek rahsia daripada dia...Aku je suka2 buat pemerhatian...Mana taknya, selama aku shooting dengan dia selama hampir 4 hari untuk program realiti show TV3 nie...Aku tengok dia tak jamah satu makanan atau minuman pun...Malah yang menguatkan lagi tekaanku, bila ada orang jemput makan atau minum, dia akan jawab "Sorila puasa"...Korang bayangkan...Dia masih boleh berpuasa lagi walaupun hari tue ada show menyanyi lagi kat tempat lain...Bukan hari tue je aku perasan...Hari2 lain pun sama jugak...Korang ingat menyanyi tue tak penat...Kena guna suara lagi...Kalau tak kena gaya...Tekak boleh kering, suara pun boleh jadi serak....

Dari situ barulah aku tahu...Rupa2nya jadi artis nie pun nak kena jaga badan untuk sentiasa maintain cantik...Diaorang tue dahla memang cantik, tapi masih lagi nak kena maintain untuk sentiasa tampil cantik...Berapa pulak bajet yang diaorang telah keluarkan?Sedangkan kita nie, dahlah memang tak cantik...Banyak penyakit pulak tue...Tapi masih takde kesedaran lagi untuk selami dan selongkar rahsia kecantikan dan kesihatan diri yang Allah telah anugerahkan selama nie...

Wednesday, June 9, 2010

BERSAUNA BOLEH KURUSKAN BADAN???

Dah lamanya aku tak bersauna kat rumah dalam minggu nie...Almaklumlah aku agak busy dengan hal2 yang tak dapat nak dielakkan...Inilah set sauna yang saya miliki untuk membantu dalam menguruskan berat badan...Nak pegi bersenam atau berjogging lagi takde masa...Bersauna jela kat rumah...Kelebihannya pun lebih kurang sama macam bersenam dan berjogging...Bezanya aku boleh bersauna sambil tengok tv atau baca majalah kat rumah dengan selesanya...he...he...Aku beli set sauna nie masa tahun 2006...Time tue harganya RM400 beli ...Sekarang nie harganya dah turun kepada RM350...Nak dapat murah lagi kena tunggu time ada promosilah kot...

Dulu aku beriya-iya beli set sauna nie bukan apa...Daripada aku pegi bersauna kat salun kecantikan 30-45 minit kena bayar RM10-15 sekali sauna...Seminggu 3 kali sauna pulak tue...Almaklumlah nak kurus cepat...Lebih baik beli jer set nie buat aset...Boleh guna banyak-banyak kali untuk jangka masa panjang...Jadi kalau aku gemuk lagi lepas nie 4-5 kali pun saya dah tak kisah dah...Sebab aku dah ada aset-aset yang akan membantu untuk kembali semula kepada saiz asal dan tampil bergaya...

Bersauna nie amat sesuai untuk wanita-wanita yang sedang berpantang selepas bersalin...Masa tengah pantang, agak2 jahitan tue dah sembuh...Selalu2 lah bersauna kerana dengan bersauna ianya akan membantu dalam mengurangkan kandungan air dalam badan...Sebab tue masa berpantang, orang tua2 tak bagi minum air banyak2 sangat walaupun air kosong apa lagi air manis...Sebab takut gemuk air dan perut buncit...Kalau korang nak tau jugak...Sebenarnya dengan bersauna juga ianya dapat menambahkan kuantiti susu bagi yang menyusukan anak...Sebab tue bila masa berpantang orang tua2 suruh kita mandi pagi dan petang guna air suam dari hujung rambut sampai hujung kaki...Kalau korang perasan, sebenarnya bersauna nie pun seakan-akan macam amalan bertangas dalam pantang seperti orang tua2 kita amalkan dulu cumanya bersauna agak moden sikit...Jangan disalahgunakan untuk buat nasi kangkang sudah...Nauzubillah...

Tuelah kalau kita tengok balik petua2 dan pantang-larang orang tua2 zaman dulu nie ada banyak juga kebaikannya...Sebab tue kebanyakan diaorang walaupun sudah berusia tapi masih sihat dan panjang umur...Diaorang memang betu2 jaga bab kecantikan dan kesihatan dari awal lagi...Cuma kita je yang nak gunapakai kaedah tersebut atau tak...

Thursday, June 3, 2010

RAHSIA TERBONGKAR!!!


Ini adalah gambar yang aku ambil semasa sesi shooting untuk rancangan TV3 tahun 2005 iaitu Felisa Beauty Makeover...Aku merupakan salah seorang finalis yang masuk akhir masa tue...Time nie berat badan saya 53kg...Memang sangat kurus dan cengkung macam orang sakit...Tapi sekarang nie aku tak naklah nampak kurus macam nie...Cukupla dapat turun sampai 55kg pun tak pe...

Sebenarnya, semua produk2 yang saya kongsikan di laman blog nie bukannya produk2 yang aku nak jual...Aku cuma tolong promosikan kawan2 punya produk...Tak dapat apa-apa komisyen pun daripada jualan...Aku cuma dapat bayaran sebagai duta produk, tolong promote je...he...he...Almaklumlah, sebelum kita nak tahu keberkesanan sesuatu produk kita kena cuba dulu dan guna sendiri ye tak???Baru orang boleh percaya dengan produk kita tue...

Sebab tue sekali aku dah nekad nak kurus, aku kena cuba semua benda yang boleh membantu untuk mencapai target...Semua bendalah yang aku dah cuba...Bak kata orang kene ada sedikit masa dan usaha...Dan untuk mencapai apa-apa yang kita inginkan...Jangan sesekali kita kedekut untuk keluarkan sedikit pelaburan untuk jangka masa panjang...Apalah salahnya keluarkan sedikit bajet untuk keperluan kecantikan dan kesihatan diri sendiri...Lebih-lebih lagi kita nie sebagai orang perempuan yang memang sentiasa kena jaga penampilan untuk mendapat keyakinan diri yang lebih...Tak perlulah nak kurus sangat....Cukupla badan rasa ringan dan kita seronok bila boleh pakai balik baju lama saiz XS/S/M atau orang kata kita masih anak dara...he...he...

Semua produk2 kawan yang ada kat blog saya nie, semuanya telah kumiliki, kucuba dan kugunapakai...Sepanjang usaha aku untuk kuruskan berat badan, tiada sebarang produk pemakanan macam Jusmate5 ke Nona Roguy ke Sendayu Tinggi ke yang aku makan...Bukan ku tak percaya, cumanya aku belum jumpa produk yang betul2 bagus...Sebab aku mencari2 produk pemakanan yang 3 dalam 1...Yang banyak kelebihannya dari segi kecantikan dan kesihatan...Pemilihan produk juga amat penting...Kalau produk bagus kita nak promote kat kawan2 pun kita rasa seronok...Betul tak???Korang tunggu jela ye...

KELEBIHAN BERSAUNA


Tahukah anda bahawa dengan bersauna, ianya dapat memberikan banyak faedah pada tubuh badan. Antaranya adalah:

1) Membakar lemak dari luar dan menurunkan berat badan secara teratur

2) Menyembuhkan luka-luka dalaman selepas bersalin

3) Menyingkirkan toksik badan melalui peluh

4) Mengurangkan risiko darah tinggi, kencing manis dan obesiti

5) Menyegarkan tubuh badan selepas penat bekerja

6) Mengurangkan sinus, resdung dan jerawat

7) 30 minit bersauna bersamaan 2 jam bersenam atau berjogging

Tuesday, June 1, 2010

HADAPI MASALAH PEHA BESAR???


Anda berdepan dengan masalah pinggul dan peha besar???Tak mampu untuk membeli produk premium beautiful???Di sini ada penyelesaian bagi masalah tersebut dengan cara yang murah dan bergaya...Memperkenalkan slimming jeans jenis fabrik sintetik yang merupakan teknologi dari Korea...Reka bentuk slimming jeans ini sesuai untuk semua wanita tanpa kira umur atau saiz badan...Ini kerana, slimming jeans ini didatangkan dengan dua jenis saiz iaitu asian size dan european size...Dimana asian size adalah untuk wanita2 yang bersaiz S hingga L manakala european size adalah untuk wanita2 yang bersaiz XL dan ke atas...

Apa yang bagus tentang slimming jeans ini adalah, fabrik yang digunakan mengandungi ion2 negatif yang dapat bertindakbalas dan bekerja untuk mengurangkan lemak2 yang tersimpan di dalam sel2 kulit. Malah slimming jeans ini dapat membantu dalam membentuk semula bahagiaan peha dan pinggul yang menggeleber agar kelihatan lebih anjal dan montok...